Haiqal Ultras

Tuesday 7 October 2014

Tips Persediaan Last Minute Exam / Peperiksaan

As salam. Dua bulan lebih tak update rasanya so kali ni kena lah mengarut sikit. Abang rasa mesti ramai yang tengah prepare untuk exam masing - masing kan.  Form 5 spm, form 4 PAT, form 3 PT3 dan lain - lain. So, kali ni abang nak share tips persediaan akhir untuk peperiksaan korang.

1. Jaga pemakanan

Penting untuk korang jaga pemakanan tambah bila time dekat nak exam. Avoid makanan yang banyak pewarna macam keropok dan lain-lain. Makan makanan yang lebih sihat untuk pastikan badan dan otak kita dalam keadaan yang baik.

2. Prepare Alat Tulis

Pastikan semua alat tulis cukup sebelum mengambil exam. Jangan lupa untuk check alat tulis secara teliti dan buang mana yang rosak supaya tidak menganggu kosentrasi kita semasa menjawab kertas exam.

3. Hafal Nota Penting

Pastikan korang dah study semua bab 2 dalam subjek yg korang ambil. Buat nota ringkas dan padat.

4. Latihan Praktikal

Buat latihan setiap bab yang korang kurang mahir. Relate kan apa yang korang rasa salah dengan buku teks or buku rujukan.

5. Tidur

Pastikan korang tidur at least 8 jam sebelum ambik exam. Kalau korang tak cukup tidur,  boleh affect daya tumpuan dan fokus semasa menjawab.

Sekian tips persediaan last minute yang abang amalkan. Insha allah berkesan.

Assalamualaikum.

Monday 7 July 2014

Lelaki Suka Perempuan Yang ...

Assalamualaikum readers , comrades , stalkers , friends  dan tak dilupakan haters sekalian. Letih beraya nih biasalah stamina pun dah kurang sikit.  So, time macam ni lah abang menghabiskan masa di gym. Tapi yang peliknya tak naik jugak muscle ni. Huhu.

Ok topik yang abang nak cerita ni agak menarik sikit. Sikit lah. Takkan abang nak cerita pasal lelaki macam mana yang perempuan suka. Sebab abang ni lelaki of coz lah tajuk dia " perempuan macam mana yang lelaki suka".

Perempuan yang bermulut laser atau lebih tepat mulut murai memang lelaki reject awal-awal.  Lelaki suka perempuan yang sopan-santun dan menjaga tingkah pergaulan semasa berada dengan mereka. Ramai jugak lelaki yang suka perempuan berniqab. Sebab kata diorang perempuan berniqab ni penuh dengan rahsia. Haha.

Ok sebelum korang nak label abang ni mengarut and so on. Awal lagi sebelum abang tulis entry ni , abang dah buat research dekat lima orang kawan abang secara personal. So takde unsur diskriminasi di sini.

Tak semestinya berhijab je dah konfiden ada lelaki suka. Such wrong accusation. Lelaki tak suka perempuan yang bersosial. Diorang lebih suka perempuan yang duduk rumah , tolong mak dekat dapur , study dekat rumah and so on. Perempuan macam ni jarang nak jumpa. Lelaki jugak suka perempuan yang cantik . Cantik tak semestinya kena putih. Kalau nak tahu korang especially perempuan ni cantik ke tak. Senang je. Perempuan tu langsung tak bercakap dengan lelaki kecuali benda yang berkaitan hal kerja. Dia tak suka bergelak sakan dengan lelaki....

Lelaki jugak suka perempuan yang matang. Matang maksudnya kurang perangai kegedikan , kemanjaan dan keanak-anakan. Perempuan yang tinggi ni nampak lebih cantik dan berkeyakinan.  Perempuan yang pendek abang kurang suka. Pendek. Hmmmmmmmm.

Lelaki tak suka perempuan yang kurus kering dan gemuk. Yang biasa-biasa je. Oh yaa. Lelaki tak suka perempuan yang malas , kuat tidur dan tak pandai mengemas rumah and memasak. Lelaki jugak suka perempuan yang garang dan cepat mengelabah. Ni antara yang mendapat topscore dalam Pilihan Raya Umum yang abang jalankan. Emm. Abang terpaksa rahsiakan calon yang mengundi untuk tujuan keselamatan.

Perempuan-perempuan yang diluar sana tidak berpuas hati boleh email ke haiqal981222@gmail.com

Any enquiries just click on my social sites up there. Or my email haiqal981222@gmail.com. Thanks.

Hari Raya Aidilfitri 2014


Assalamualaikum readers , friends , comrades , stalkers dan jugak haters. Dah lama rasanya abang tak update blog. Dekat sebulan kalau tak silap kiraan matematik abang.

Abang nak cerita pasal raya tapi sebelum tu abang nak suggest satu page iaitu AMRAN FANS. Page sarcasm lawak ni memang best and akan buat korang gelak tak ingat dunia. Just try it.

Raya untuk setiap individu pasti ada cerita yang tersendiri. Bagi abang pada malam raya memang sedih dan gembira bercampur baur. Kan kita nak meninggalkan bulan ramadhan lepastu ditambah pulak dengan takbir raya yang mendayu. Lelaki hati keras macam abang ni pun nak menangis. Lepas tu pulak member 2 semua dah balik kampung masing-masing. Jauh-jauh pulak tu. Oleh sebab itu abang rasa sangat sedih dan bosan.
Malam tu abang selalu makan ketupat dengan rendang. Nak menghilangkan rasa sedih , time tu lah abang akan main bunga api dengan anak-anak buah abang yang comel-comel belaka dan sedara yang nakal kuasa dua. And malam tu jugak lah nak wish hari raya dekat budak and comrade se-ultras abang dan jugak kawan sekolah.

Esok skrip dia bertukar dari sedih kepada gembira. Alah macam korang yang belum kahwin ni tak suka kalau dihulur sampul yang berisi not kertas berpuluh-puluh ringgit malaysia. Lepastu siap-siap lah nak pergi solat sunat hari raya. Pakaian wajib hari raya pertama mesti lah baju melayu. Biasanya, abang pakai baju melayu warna hitam sebab hitam warna favourite abang. Erkk rasa macam nak berkabung pulak. Abang sangat meminati budaya masyarakat melayu johor.  Tidak hairanlah kalau songkok abang tinggi melangit. Ala-ala penari zapin lah pulak. Haha. Abang lebih prefer baju melayu dekat luar and sampin dekat dalam nampak agak tak formal dan smart. Sampin dekat luar nampak macam orang dah kahwin. Kan ?

Lepas tu ? Takkan lah nak menari zapin pulak. Dekat curva macam-macam jenis tarian dah abang menari. Korang sebut je tarian apa. Haha. Lepas tu bergambar lah dengan family. Boleh buat kenang-kenangan.  And lepas tu boleh la tengok fashion-fashion orang perempuan yang pelik. Tapi, ada jugak yang cantik and terasa nak mintak wechat id pulak.  Selalunya, perempuan yang cantik dan ayu masa hari raya baju dia simple je. Yang melaram lebih-lebih ni kadang nampak macam patung opera cina and bertambah tak cantik. Abang lebih suka tengok yang makeup biasa-biasa , baju simple. Kan cantik.

Bagi abang lah kan , perempuan mesti diorang time raya diorang lah perempuan paling cantik dekat malaysia ni. Normal. Lelaki pasal pakaian ni tak secerewet perempuan. Sini abang nak kongsi negeri yang raya nya meriah. Tak silap abang melaka , johor dan perak. Melaka tak payah cerita kalau nak raya satu melaka penuh dengan lampu. Perak as usual akan dipenuhi orang yang merantau di ibu kota dan dentuman meriam buluh yang terkenal di kuala kangsar dan jugak panjut yang dipasang keliling rumah. Johor terkenal dengan suasana raya yang tersangat lah meriah.

Lepas raya , mula lah satu scene yang diberi nama "Open House". Ni abang rasa korang pun tahu meriah dia macam mana. Biasanya time ni lah nak jemput member sekolah , rakan sekerja datang beraya dekat rumah. Time ni lah nak layan telemovie raya dan movie yang gempak dekat kaca televisyen. Normal lah semua tu. Inilah asam garam masyarakat melayu Islam malaysia. Lepas raya nanti abang akan update satu topik pasal " Lepas Raya 2014 ". Abang akan cerita apa yang terjadi selepas hari raya yang disambut oleh orang islam di Malaysia.

Salam Satu Jiwa.
8 July 2014.

Friday 30 May 2014

Fenomena Ultras di Malaysia

Assalamualaikum. Abang harap korang semua dalam keadaan sihat walafiat. Bukan apa , topik yang abang nak cerita ni akan buat korang rasa taksub nak join kumpulan yang abang maksudkan ini. Mereka digelar 'ultras'. Abang malas nak cerita budaya ultras dekat luar sebab banyak berkecamuk dengan fahaman , ideologi yang bertentangan dan pergaduhan.

So, ultras dekat malaysia ni beza sikit dengan ultras luar. Tiada pergaduhan yang mengakibatkan pertumpahan darah berlaku oleh kerana konsep Brotherhood yang diamalkan.

Bercakap tentang brotherhood korang tahu le brotherhood tu ape ? Sesetengah ultras biasanya akan menyambut baik ultras dari pasukan lawan yang awaydays ke home mereka sendiri. Awaydays bermaksud travel beramai-ramai ke home ground pasukan lawan. Mereka akan corteo bersama , corteo bermaksud perarakan besar-besaran. Tidak kurang juga yang berbalas chant , chant bermaksud nyanyian dan ini dikenali dengan battle chant. Umum mengetahui ultras semakin mendapat perhatian anak-anak muda di negara ini.

Bukan setakat golongan muda sahaja yang menyertai gerakan apolitikal ini malahan golongan tua dan kanak-kanak juga turut serta.
Selain itu , golongan wanita tidak terkecuali menyertai ultras yang bersorak serta berdiri selama 90 minit dan melakukan choreo semasa sorakan. Doktor, Guru , Pelajar, Kakitangan swasta mahupun kerajaan antara individu yang turut memeriahkan curva ultras itu sendiri.

Di malaysia khususnya terdapat ultras yang mewakili setiap negeri adalah seperti yang berikut :

Perlis - Brigate Gialloblu (BGB)
Kedah - Ultras Kedah 09 (UK09)
Penang - Ultras Panthers (UP)
Perak - Silver State Ultras (SSU)
           - Briged 08 (B08)
Pahang - Elephant Army (EA)
Kelantan - Gate H Boys (GHB)
Terengganu - Ultras Tranung (UT)
Selangor - Ultrasel (US)
KL - The Cityboys
Negeri Sembilan - Ultras Nogori (UN9)
Johor - Boys of Straits (BOS)
Melaka - Ultras Taming Sari (UTS)
Sabah - North Borneo Ultras (NBU)
Sarawak - GB13

Semua ultras di atas kecuali Briged 08 bergerak di bawah panji ULTRAS MALAYA (UM'07).

Ok abang akan ceritakan apa itu hidup seorang ultras. Biasanya ultras akan menghebahkan berkenaan matchdays pasukan mereka di dalam laman sosial. Ini bertujuan menarik lebih ramai komrad baru dan memberitahu komrad mereka akan perlawanan yang akan berlangsung.  Sesetengah perlawanan utama akan ada banner yang akan dilukis oleh mereka sendiri. Ultras bergerak secara individual tanpa bantuan kewangan dari pihak tertentu. Biasanya mereka mempunyai merchandise sendiri seperti t-shirt , mafla , hoodie , sticker , button badge , patches dan macam-macam lagi. Mereka akan corteo pada petang hari beramai-ramai sebelum masuk ke stadium. Ada yang menyalakan suar dan bom asap. Ini diberi nama pyro show  atau pyro. Setelah habis perlawanan mereka akan bertemu untuk mengucapkan terima kasih kepada ultras lawan.

Bagi yang awaydays pula mereka biasanya menaiki bas , kereta api atau kapal terbang. Mereka sering.menampal sticker berlogokan ultras mereka di sesuatu tempat yang mereka singgah. Lazimnya , mereka selalu menjadi perhatian orang awam dan menyangka mereka ini penyokong biasa. Mereka bukan penyokong biasa seperti kita sedia maklum penyokong biasa menaiki bas kelolaan persatuan kelab bolasepak mereka sendiri.

Akhir kalam dari abang, abang nak seru korang yang berminat nak join tu janganlah segan-segan dan joinlah ultras negeri korang. Free je tak perlu yuran keahlian pun. Seminggu abang takde dekat ipoh pasal abang nak pergi Bangi. So, takdelah abang nak menulis lagi untuk korang baca semasa kepemergian abang ke negeri Ultrasel.

Salam Satu Jiwa.
1 June 2014.

Thursday 29 May 2014

Review World Cup dan Bulan Ramadhan

Assalamualaikum. Entry untuk kali ni abang nak cerita sikit pasal world cup atau orang malaysia cakap piala dunia. Mesti korang tahu piala dunia tahun ni diadakan di Brazil.

Bolasepak adalah sukan nombor satu di Malaysia jadi tidak hairanlah kalau ramai yang mengatakan tentang acara bolasepak yang terulung dunia ini. Pasti semua sibuk memilih pasukan kegemaran masing-masing tidak kurang hebat nya juga ditambah dengan iklan atau promosi di sekitar negara.

Abang juga berpendapat ramai yang sedang berpikir-pikir untuk membeli jersi pasukan kegemaran masing-masing. Nasihat abang pilihlah jersi yang mempunyai corak yang menarik. Contohnya jersi Spain dan France yang abang anggap sangat cantik.

Pasti ada homosapien yang berjaga malam semata-mata ingin melihat pasukan kegemaran mereka beraksi.

Tidak kurang juga yang sanggup keluar pagi - pagi buta ke restoran mamak yang berdekatan kononnya ingin merasai demam piala dunia.
Selain dari restoran mamak , setahu abang McDonald's juga sering menayangkan siaran langsung perlawanan bolasepak ini. Ada juga restoran di bandar yang melambatkan waktu niaga semata-mata untuk meraih keuntungan dek lambakan manusia mencari port menonton perlawanan piala dunia.

Abang hanya mampu menonton di rumah itupun kalau abang free. Mesti korang nak tahu abang sokong team mana kan ? 

Abang sebenarnya dulu sokong spain. Tapi abang ni jenis kalau bolasepak luar memang orang akan panggil lalang. Bukan apa abang ni bukannya obses sangat dengan bolasepak luar just tengok macam tu je lah.

Abang sokong team netherlands. Pasal awek abang sokong  netherlands. Tarikh Piala dunia jugak sebenarnya
clash dengan tarikh bulan puasa.
Ada yang sudah bercadang-cadang nak tengok bola lepastu sahur. Tak kurang juga yang nak tengok bola dekat luar lepastu sahur dekat restoran mamak la McDonald's la.

Menarik bukan. Sebelum tu jangan lupa pergi solat tarawikh dulu dekat masjid berdekatan. Kalau nak layan bola dengan member agak-agak sikit jangan sampai satu kawasan perumahan pun boleh dengar suara korang tu. Tak lah digelar menganggu ketenteraman orang sekeliling. Haha.

Oh lagi satu abang nak kasitahu abang benci sangat dengan kpop. Fullstop. Kalau nak tahu kenapa klik laman sosial abang dekat atas lepastu tanya la ape korang nak tanya.

Salam Satu Jiwa dari Curva Sud Boys.

Wednesday 28 May 2014

Kemangkatan Sultan Perak

Hujan Panas  turun tepat jam 3.32 minit petang dibumi Perak yang bertuah ini; Kedaulatan  Sultan yang menjalankan kewajiban nya sebagai Ketua Negeri yang Adil lagi saksama.Hari ni seluruh alam di negeri Perak Darul Ridzuan bersedih dan berduka cita  menerima berita kemangkatan Sultan Perak Al- Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah pada  tarikh 28 Mei 2014  Jam 1:38 petang -berumur 86 tahun.  Seluruh rakyat negeri ini amat berduka  menerima berita yang amat memilukan hati.
Berita kemangkatan Baginda telah di umum kan oleh Meneri Besar Perak  Dato Seri Zambry Bin  Abdul Kadir Di RTM pada jam 3.30 petang. Al- Marhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari tadi, dan pengembumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar
10356422_688472741208258_5210097753851593909_n
SultanAzlanShah
Dengan rasa sedih dan hibanya dimaklumkan Al- Marhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi. Semoga Allah merahmati Roh Baginda. Al-Marhum Baginda telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada jam 1:30 Petang ini bersamaan 28 Mei 2014  Hari Rabu.Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.
Sepanjang Al-Marhum  baginda  menduduki tahta kerajaan Negeri Perak, Al-Marhum merupakan saorang Sultan yang amat tegas didalam melaksanakan undang undang dan sentiasa bersikap adil terhadap setiap permasalahan rakyat dan diambil setiap keputusan setelah semua bukti diterima.