Haiqal Ultras

Tuesday 7 October 2014

Tips Persediaan Last Minute Exam / Peperiksaan

As salam. Dua bulan lebih tak update rasanya so kali ni kena lah mengarut sikit. Abang rasa mesti ramai yang tengah prepare untuk exam masing - masing kan.  Form 5 spm, form 4 PAT, form 3 PT3 dan lain - lain. So, kali ni abang nak share tips persediaan akhir untuk peperiksaan korang.

1. Jaga pemakanan

Penting untuk korang jaga pemakanan tambah bila time dekat nak exam. Avoid makanan yang banyak pewarna macam keropok dan lain-lain. Makan makanan yang lebih sihat untuk pastikan badan dan otak kita dalam keadaan yang baik.

2. Prepare Alat Tulis

Pastikan semua alat tulis cukup sebelum mengambil exam. Jangan lupa untuk check alat tulis secara teliti dan buang mana yang rosak supaya tidak menganggu kosentrasi kita semasa menjawab kertas exam.

3. Hafal Nota Penting

Pastikan korang dah study semua bab 2 dalam subjek yg korang ambil. Buat nota ringkas dan padat.

4. Latihan Praktikal

Buat latihan setiap bab yang korang kurang mahir. Relate kan apa yang korang rasa salah dengan buku teks or buku rujukan.

5. Tidur

Pastikan korang tidur at least 8 jam sebelum ambik exam. Kalau korang tak cukup tidur,  boleh affect daya tumpuan dan fokus semasa menjawab.

Sekian tips persediaan last minute yang abang amalkan. Insha allah berkesan.

Assalamualaikum.