Haiqal Ultras

Monday 7 July 2014

Lelaki Suka Perempuan Yang ...

Assalamualaikum readers , comrades , stalkers , friends  dan tak dilupakan haters sekalian. Letih beraya nih biasalah stamina pun dah kurang sikit.  So, time macam ni lah abang menghabiskan masa di gym. Tapi yang peliknya tak naik jugak muscle ni. Huhu.

Ok topik yang abang nak cerita ni agak menarik sikit. Sikit lah. Takkan abang nak cerita pasal lelaki macam mana yang perempuan suka. Sebab abang ni lelaki of coz lah tajuk dia " perempuan macam mana yang lelaki suka".

Perempuan yang bermulut laser atau lebih tepat mulut murai memang lelaki reject awal-awal.  Lelaki suka perempuan yang sopan-santun dan menjaga tingkah pergaulan semasa berada dengan mereka. Ramai jugak lelaki yang suka perempuan berniqab. Sebab kata diorang perempuan berniqab ni penuh dengan rahsia. Haha.

Ok sebelum korang nak label abang ni mengarut and so on. Awal lagi sebelum abang tulis entry ni , abang dah buat research dekat lima orang kawan abang secara personal. So takde unsur diskriminasi di sini.

Tak semestinya berhijab je dah konfiden ada lelaki suka. Such wrong accusation. Lelaki tak suka perempuan yang bersosial. Diorang lebih suka perempuan yang duduk rumah , tolong mak dekat dapur , study dekat rumah and so on. Perempuan macam ni jarang nak jumpa. Lelaki jugak suka perempuan yang cantik . Cantik tak semestinya kena putih. Kalau nak tahu korang especially perempuan ni cantik ke tak. Senang je. Perempuan tu langsung tak bercakap dengan lelaki kecuali benda yang berkaitan hal kerja. Dia tak suka bergelak sakan dengan lelaki....

Lelaki jugak suka perempuan yang matang. Matang maksudnya kurang perangai kegedikan , kemanjaan dan keanak-anakan. Perempuan yang tinggi ni nampak lebih cantik dan berkeyakinan.  Perempuan yang pendek abang kurang suka. Pendek. Hmmmmmmmm.

Lelaki tak suka perempuan yang kurus kering dan gemuk. Yang biasa-biasa je. Oh yaa. Lelaki tak suka perempuan yang malas , kuat tidur dan tak pandai mengemas rumah and memasak. Lelaki jugak suka perempuan yang garang dan cepat mengelabah. Ni antara yang mendapat topscore dalam Pilihan Raya Umum yang abang jalankan. Emm. Abang terpaksa rahsiakan calon yang mengundi untuk tujuan keselamatan.

Perempuan-perempuan yang diluar sana tidak berpuas hati boleh email ke haiqal981222@gmail.com

Any enquiries just click on my social sites up there. Or my email haiqal981222@gmail.com. Thanks.

Hari Raya Aidilfitri 2014


Assalamualaikum readers , friends , comrades , stalkers dan jugak haters. Dah lama rasanya abang tak update blog. Dekat sebulan kalau tak silap kiraan matematik abang.

Abang nak cerita pasal raya tapi sebelum tu abang nak suggest satu page iaitu AMRAN FANS. Page sarcasm lawak ni memang best and akan buat korang gelak tak ingat dunia. Just try it.

Raya untuk setiap individu pasti ada cerita yang tersendiri. Bagi abang pada malam raya memang sedih dan gembira bercampur baur. Kan kita nak meninggalkan bulan ramadhan lepastu ditambah pulak dengan takbir raya yang mendayu. Lelaki hati keras macam abang ni pun nak menangis. Lepas tu pulak member 2 semua dah balik kampung masing-masing. Jauh-jauh pulak tu. Oleh sebab itu abang rasa sangat sedih dan bosan.
Malam tu abang selalu makan ketupat dengan rendang. Nak menghilangkan rasa sedih , time tu lah abang akan main bunga api dengan anak-anak buah abang yang comel-comel belaka dan sedara yang nakal kuasa dua. And malam tu jugak lah nak wish hari raya dekat budak and comrade se-ultras abang dan jugak kawan sekolah.

Esok skrip dia bertukar dari sedih kepada gembira. Alah macam korang yang belum kahwin ni tak suka kalau dihulur sampul yang berisi not kertas berpuluh-puluh ringgit malaysia. Lepastu siap-siap lah nak pergi solat sunat hari raya. Pakaian wajib hari raya pertama mesti lah baju melayu. Biasanya, abang pakai baju melayu warna hitam sebab hitam warna favourite abang. Erkk rasa macam nak berkabung pulak. Abang sangat meminati budaya masyarakat melayu johor.  Tidak hairanlah kalau songkok abang tinggi melangit. Ala-ala penari zapin lah pulak. Haha. Abang lebih prefer baju melayu dekat luar and sampin dekat dalam nampak agak tak formal dan smart. Sampin dekat luar nampak macam orang dah kahwin. Kan ?

Lepas tu ? Takkan lah nak menari zapin pulak. Dekat curva macam-macam jenis tarian dah abang menari. Korang sebut je tarian apa. Haha. Lepas tu bergambar lah dengan family. Boleh buat kenang-kenangan.  And lepas tu boleh la tengok fashion-fashion orang perempuan yang pelik. Tapi, ada jugak yang cantik and terasa nak mintak wechat id pulak.  Selalunya, perempuan yang cantik dan ayu masa hari raya baju dia simple je. Yang melaram lebih-lebih ni kadang nampak macam patung opera cina and bertambah tak cantik. Abang lebih suka tengok yang makeup biasa-biasa , baju simple. Kan cantik.

Bagi abang lah kan , perempuan mesti diorang time raya diorang lah perempuan paling cantik dekat malaysia ni. Normal. Lelaki pasal pakaian ni tak secerewet perempuan. Sini abang nak kongsi negeri yang raya nya meriah. Tak silap abang melaka , johor dan perak. Melaka tak payah cerita kalau nak raya satu melaka penuh dengan lampu. Perak as usual akan dipenuhi orang yang merantau di ibu kota dan dentuman meriam buluh yang terkenal di kuala kangsar dan jugak panjut yang dipasang keliling rumah. Johor terkenal dengan suasana raya yang tersangat lah meriah.

Lepas raya , mula lah satu scene yang diberi nama "Open House". Ni abang rasa korang pun tahu meriah dia macam mana. Biasanya time ni lah nak jemput member sekolah , rakan sekerja datang beraya dekat rumah. Time ni lah nak layan telemovie raya dan movie yang gempak dekat kaca televisyen. Normal lah semua tu. Inilah asam garam masyarakat melayu Islam malaysia. Lepas raya nanti abang akan update satu topik pasal " Lepas Raya 2014 ". Abang akan cerita apa yang terjadi selepas hari raya yang disambut oleh orang islam di Malaysia.

Salam Satu Jiwa.
8 July 2014.