Haiqal Ultras

Wednesday 28 May 2014

Kemangkatan Sultan Perak

Hujan Panas  turun tepat jam 3.32 minit petang dibumi Perak yang bertuah ini; Kedaulatan  Sultan yang menjalankan kewajiban nya sebagai Ketua Negeri yang Adil lagi saksama.Hari ni seluruh alam di negeri Perak Darul Ridzuan bersedih dan berduka cita  menerima berita kemangkatan Sultan Perak Al- Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah pada  tarikh 28 Mei 2014  Jam 1:38 petang -berumur 86 tahun.  Seluruh rakyat negeri ini amat berduka  menerima berita yang amat memilukan hati.
Berita kemangkatan Baginda telah di umum kan oleh Meneri Besar Perak  Dato Seri Zambry Bin  Abdul Kadir Di RTM pada jam 3.30 petang. Al- Marhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari tadi, dan pengembumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar
10356422_688472741208258_5210097753851593909_n
SultanAzlanShah
Dengan rasa sedih dan hibanya dimaklumkan Al- Marhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi. Semoga Allah merahmati Roh Baginda. Al-Marhum Baginda telah menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada jam 1:30 Petang ini bersamaan 28 Mei 2014  Hari Rabu.Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.
Sepanjang Al-Marhum  baginda  menduduki tahta kerajaan Negeri Perak, Al-Marhum merupakan saorang Sultan yang amat tegas didalam melaksanakan undang undang dan sentiasa bersikap adil terhadap setiap permasalahan rakyat dan diambil setiap keputusan setelah semua bukti diterima.