Hujan Panas turun tepat jam 3.32 minit
petang dibumi Perak yang bertuah ini; Kedaulatan Sultan yang
menjalankan kewajiban nya sebagai Ketua Negeri yang Adil lagi saksama.Hari ni seluruh alam di negeri Perak Darul Ridzuan bersedih dan berduka cita menerima berita kemangkatan Sultan Perak Al- Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah pada
tarikh 28 Mei 2014 Jam 1:38 petang -berumur 86 tahun. Seluruh rakyat
negeri ini amat berduka menerima berita yang amat memilukan hati.
Berita kemangkatan Baginda telah di umum
kan oleh Meneri Besar Perak Dato Seri Zambry Bin Abdul Kadir Di RTM
pada jam 3.30 petang. Al- Marhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah, 86,
mangkat pada pukul 1.30 tengah hari tadi, dan pengembumian akan diadakan
esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar
Dengan rasa
sedih dan hibanya dimaklumkan Al- Marhum DYMM Paduka Seri Sultan Azlan
Shah, Sultan Perak yang ke 34 telah mangkat kira-kira jam 1.30 petang
tadi. Semoga Allah merahmati Roh Baginda. Al-Marhum Baginda telah
menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada jam 1:30
Petang ini bersamaan 28 Mei 2014 Hari Rabu.Ekoran kemangkatan itu,
bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri
itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu.
Sepanjang Al-Marhum baginda menduduki
tahta kerajaan Negeri Perak, Al-Marhum merupakan saorang Sultan yang
amat tegas didalam melaksanakan undang undang dan sentiasa bersikap adil
terhadap setiap permasalahan rakyat dan diambil setiap keputusan
setelah semua bukti diterima.
No comments:
Post a Comment