Haiqal Ultras

Friday 30 May 2014

Fenomena Ultras di Malaysia

Assalamualaikum. Abang harap korang semua dalam keadaan sihat walafiat. Bukan apa , topik yang abang nak cerita ni akan buat korang rasa taksub nak join kumpulan yang abang maksudkan ini. Mereka digelar 'ultras'. Abang malas nak cerita budaya ultras dekat luar sebab banyak berkecamuk dengan fahaman , ideologi yang bertentangan dan pergaduhan.

So, ultras dekat malaysia ni beza sikit dengan ultras luar. Tiada pergaduhan yang mengakibatkan pertumpahan darah berlaku oleh kerana konsep Brotherhood yang diamalkan.

Bercakap tentang brotherhood korang tahu le brotherhood tu ape ? Sesetengah ultras biasanya akan menyambut baik ultras dari pasukan lawan yang awaydays ke home mereka sendiri. Awaydays bermaksud travel beramai-ramai ke home ground pasukan lawan. Mereka akan corteo bersama , corteo bermaksud perarakan besar-besaran. Tidak kurang juga yang berbalas chant , chant bermaksud nyanyian dan ini dikenali dengan battle chant. Umum mengetahui ultras semakin mendapat perhatian anak-anak muda di negara ini.

Bukan setakat golongan muda sahaja yang menyertai gerakan apolitikal ini malahan golongan tua dan kanak-kanak juga turut serta.
Selain itu , golongan wanita tidak terkecuali menyertai ultras yang bersorak serta berdiri selama 90 minit dan melakukan choreo semasa sorakan. Doktor, Guru , Pelajar, Kakitangan swasta mahupun kerajaan antara individu yang turut memeriahkan curva ultras itu sendiri.

Di malaysia khususnya terdapat ultras yang mewakili setiap negeri adalah seperti yang berikut :

Perlis - Brigate Gialloblu (BGB)
Kedah - Ultras Kedah 09 (UK09)
Penang - Ultras Panthers (UP)
Perak - Silver State Ultras (SSU)
           - Briged 08 (B08)
Pahang - Elephant Army (EA)
Kelantan - Gate H Boys (GHB)
Terengganu - Ultras Tranung (UT)
Selangor - Ultrasel (US)
KL - The Cityboys
Negeri Sembilan - Ultras Nogori (UN9)
Johor - Boys of Straits (BOS)
Melaka - Ultras Taming Sari (UTS)
Sabah - North Borneo Ultras (NBU)
Sarawak - GB13

Semua ultras di atas kecuali Briged 08 bergerak di bawah panji ULTRAS MALAYA (UM'07).

Ok abang akan ceritakan apa itu hidup seorang ultras. Biasanya ultras akan menghebahkan berkenaan matchdays pasukan mereka di dalam laman sosial. Ini bertujuan menarik lebih ramai komrad baru dan memberitahu komrad mereka akan perlawanan yang akan berlangsung.  Sesetengah perlawanan utama akan ada banner yang akan dilukis oleh mereka sendiri. Ultras bergerak secara individual tanpa bantuan kewangan dari pihak tertentu. Biasanya mereka mempunyai merchandise sendiri seperti t-shirt , mafla , hoodie , sticker , button badge , patches dan macam-macam lagi. Mereka akan corteo pada petang hari beramai-ramai sebelum masuk ke stadium. Ada yang menyalakan suar dan bom asap. Ini diberi nama pyro show  atau pyro. Setelah habis perlawanan mereka akan bertemu untuk mengucapkan terima kasih kepada ultras lawan.

Bagi yang awaydays pula mereka biasanya menaiki bas , kereta api atau kapal terbang. Mereka sering.menampal sticker berlogokan ultras mereka di sesuatu tempat yang mereka singgah. Lazimnya , mereka selalu menjadi perhatian orang awam dan menyangka mereka ini penyokong biasa. Mereka bukan penyokong biasa seperti kita sedia maklum penyokong biasa menaiki bas kelolaan persatuan kelab bolasepak mereka sendiri.

Akhir kalam dari abang, abang nak seru korang yang berminat nak join tu janganlah segan-segan dan joinlah ultras negeri korang. Free je tak perlu yuran keahlian pun. Seminggu abang takde dekat ipoh pasal abang nak pergi Bangi. So, takdelah abang nak menulis lagi untuk korang baca semasa kepemergian abang ke negeri Ultrasel.

Salam Satu Jiwa.
1 June 2014.

No comments:

Post a Comment